Monday 11 November 2013

KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU 2013

      Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.[13] Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara,[2] telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.[3]
Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.


 
PEMBERONTAKAN SULU TIDAK BERGANJAK
 
Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu mengatakan bahawa sekiranya Malaysia ingin berunding, mereka hendaklah berunding terus dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, secara terus. Ini adalah kerana arahan yang diterima oleh Agbimuddin Kiram adalah daripada abangnya. Beliau juga menyatakan bahawa akan terus berada di Lahad Datu dan hanya akan berundur sekiranya dipanggil semula oleh abangnya.


 

 
 


No comments:

Post a Comment